








Pemeriksaan Jaundice

Ibu mengandung dan pembukaan buku pink

Ultrascand 2D / 3D / 4D / 5D scan

Scan abdomen, hati dan hempedu, buah pinggang dan ginekologi





Klinik menyediakan ruang menunggu yang selesa dan tempat permainan kanak-kanak. Kami juga menawarkan rawatan menyeluruh dari bayi sehingga dewasa, meliputi rawatan kecemasan dan susulan.

Kesemua doktor utama dan staff klinik kami adalah wanita. Doktor dan staff sangat ramah dan mesra.

Klinik kami mudah untuk parking dan berada di jalan utama, anda akan melihat klinik kami dari jalan utama lagi. Kami juga mesra kerusi roda.

Doktor kami berpengalaman dan staff kami terlatih untuk merawat anda. Kami akan memberikan rawatan terbaik untuk anda.















Dr Balqish, pengarah kepada Klinik Hannah adalah graduan ijazah perubatan (MD) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2017. Sebelum membuka klinik, beliau berkhidmat di klinik kesihatan kerajaan, mengendalikan kes-kes penyakit antenatal dan kes kronik lain. Disebabkan minat mendalamnya dalam bidang kesihatan wanita dan perubatan keluarga, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam Diploma Kesihatan Wanita dari Royal College of Physician Ireland (RCPI), yang tamat pada tahun 2023.
Dr Toh yang juga merupakan pengarah Klinik Hannah, mempunyai kelulusan dari Universiti Perubatan Negeri Rusia (RSMU) tahun 2011. Beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun di hospital kerajaan. Dr Toh mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang Ortopedik dan Pembedahan, dengan minat mendalam beliau dalam penjagaan luka, penjagaan kecemasan dan pemulihan.


Dr Najihah adalah graduan dari Universiti Hasanuddin (UNHAS) Makassar, Indonesia, pada tahun 2017. Sebelum ini, beliau berkhidmat selama 5 tahun di hospital kerajaan. Beliau sangat berpengalaman terutamanya dalam bidang kecemasan dan urologi. Sehingga kini, Dr Najihah merupakan antara doktor yang paling dicari untuk masalah urologi dan kesihatan lelaki.
Dr Mimik menamatkan pengajian sarjana mudanya di Universiti Al-Azhar, Mesir pada 2017, dan sejak itu beliau fokuskan kerjayanya dalam bidang latihan kecemasan dan perubatan wad. Selain itu, dengan minat mendalam dalam bidang perubatan keluarga, Dr Mimik aktif melibatkan diri dalam pelbagai kursus dan organisasi untuk berkongsi kemahiran dan ilmunya.


Dr Faranur adalah lulusan dari Universiti Hasanuddin (UNHAS) Makassar, Indonesia, pada tahun 2017. Beliau mendedikasikan tahun-tahun awal kerjaya beliau di klinik kesihatan kerajaan, menjadikan beliau sangat berpengalaman terutamanya dalam penjagaan primer, termasuk kesihatan ibu dan anak, penjagaan sebelum kehamilan dan penyakit tidak berjangkit.

Klinik Hannah adalah sebuah klinik ‘GP’ 24 jam, yang terletak di Danau Kota, bertentangan dengan Setapak Central Mall. Kami menyediakan rawatan yang holistik dan terbaik kepada semua pesakit. Klinik Hannah merupakan cawangan utama di bawah KH Medicare SDN BHD, dengan misi untuk menyediakan rawatan kesihatan yang mudah didapati dan diakses oleh mereka yang memerlukannya tanpa mengira umur, bangsa, kewarganegaraan dan status ekonomi.
Di Klinik Hannah, setiap aspek rawatan diselaraskan oleh satu pasukan doktor dan kakitangan yang komited bekerjasama untuk memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang berkesan, tepat dan terbaik, mengikut moto kami – “Offering Hope & Healing”.










No. 8 & 10, Jalan Pandan 2/1, Pandan Jaya,
55100 Kuala Lumpur.
